5 Jenis Sos Pasta yang wajib anda cuba

 
sos pasta sedap



5 Jenis Sos Pasta yang wajib anda cuba | Teringin tak nak cuba pasta sos yang lain sikit, selalunye asyik cuba tomato sos tak pun cream sos je kan. Nak tak saya belanje kalian resepi pasta sos yang lain sikit. Sebenarnya pasta sos terdiri daripada bnyak jenis basenya, antaranya oil base, tomato base cream base dan juga chicken @ beef juice base. Jenis Sos Pasta yang wajib anda cuba.

Daripada base yang saya cakapkan tadi Sebenarnya boleh kita elaborated kan lagi dengan pelbagai bahan dan cetuskan lagi sos yang baru. Tambahan pulak sekarang ni ade jugak chef yang buat pasta sos versi fusion. Fusion ni maksudnya kombinasi antara western dan asian, macam hybrid lah. Ade chef yang buat creamy smoke masak lemak itik salai sos, ada juga yang buat spicy tomato tom yam, ade jugak yang buat creamy mee udang bisque, dan banyak lagi lah sos fusion yang telah berjaya menambat pallet rakyat malaysia nih.

Tapi kalini saya tak nak lah share pasta sos fusion ni, saya nak share 5 Jenis Sos Pasta yang wajib anda cuba, mungkin untuk posting yang akan datang in sya allah saya akan cuba sharekan resepi fusion yang saya cakapkan kat atas tu. Tuk posting kalini saya nak sharekan basic sos yang senang kalian nak buat kat rumah dan senang untuk kalian dapatkan bahan-bahan.

BACA JUGA: Cara Buat Fresh Pasta dirumah.






Jenis Sos Pasta Yang Berada Dipasaran.

Perasan tak jika kalian suka beli barang dapur pasti kalian perasan dengan beberapa sos pasta yang ready made diantaranya ialah daripada brand Prego, Adabi, dan Kimball. Bagi saya diantara ketiga tiga brand ni mempunyai kelebihan masing-masing dan punyai harga yang tersendiri selain itu juga ketiga tiga brand ni punyai rasa yang agak berbeza sama sekali.

Sos Pasta Prego

sos pasta


Sos pasta
prego datang dalam 6 jenis perisa diantaranya sos tomato traditional, sos tomato cendawan, sos tomato basil & garlic, sos tomato mushroom & green pepper, sos cream cheesy alfredo, dan sos cream carbonara mushroom.

Dalam banyak banyak perisa yang prego keluarkan, secara peribadi saya sangat suka kan prego tomato basil & garlic. Sebab sos ni senang nak combined kan dengan other ingredients sebab dia merupakan basic kepada tomato sos. Sebenarnya garlic, basil dan tomato adalah combination yang paling mesra bagi penghasilan sos tomato.

Sos Pasta Adabi

sos pasta sedap


Sos Pasta
Adabi pula hanya datang dalam 2 jenis pilihan, iaitu original pasta sauce dan mushroom pasta sauce. Kurang pilihan perasa seperti pasta sos keluaran prego, tetapi ianya juga punyai rasa yang tersendiri. Cuba lah.

Sos Pasta Kimball

sos pasta sedap

Sos Pasta Kimball pula punyai 3 pilihan perasa. ianya terdiri daripada traditional, mushroom dan juga basil & garlic. sos pasta dari keluaran kimball juga punyai rasa yang tersendiri juga. Anada harus juga mecuba pasta sos dari keluaran kimball ni.


5 Jenis Sos Pasta yang wajib anda cuba dirumah.

Ok dah banyak sangat dah kan membebel, jom saya nak sharekan jenis sos pasta yang jarang-jarang kalian jumpa, dan saya nak belanja resepi nya. Tapi kalian kenalah rajin sikit pergi shopping barang-barangnya yer, biasa lah kalau nakkan masakkan yang sedap kena lah rajin sikit mencarik bahan-bahan yang sedap kan. Ok jom kita mulakan:

#01 - Smoked Red Pepper Coulis

pasta sedap


Smoked red pepper coulis
ni salah sejenis sos pasta yang agak popular di restaurant itali. Cara penghasilannya agak tricky sikit sebab agak banyak step yang diperlukan. Tapi memang berbaloi dan sangat sedap ada aroma salai dan juga kemanisan dari capsicum merah. Jangan terpedaya dengan warnanya yang merah ya. Bagi capsicum warna merah bukan bererti pedas, merah bagi capsicum adalah kemanisan, ia berbeza sama sekali dengan cili, walaupun ianya dari keluarga yang sama. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm Capsicum Merah**
  • 5 biji Roma Tomato***
  • 1nos Carrot (sliced)
  • 30gm Slice Garlic
  • 100ml stock ayam
  • 50gm Butter
  • 50gm diced Onion
  • 30ml lemon juice
  • 3helai fresh basil
  • Salt
  • Pepper

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sauce pan, kemudian tumiskan onion, carrot dan garlic sehingga naik harum.
  2. Masukkan pula capsicum merah dan roma tomato tumiskan sehingga semua sebati dan masak serasi.
  3. Seterusnya masukkan pula stock ayam dan fresh basil. Masak sehingga kesemua bahan bahan lembut.
  4. Sejukkan seketika dan masukkan kedalam blender dan blend sehingga super fine.
  5. Panaskan semula perasakan dengan salt, pepper dan lemon juice, toastkan pasta, padamkan api dan masukkan butter.
  6. Gaul sebati suaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

P/s:

  • **Bakar capsicum diatas api sehingga keseluruhan kulit rentung, kemudianya masukkan kedalam ice bath, kikis bahagian yang rentung, dan buang biji.
  • ***Buat tomato concasse, masukkan tomato kedalam air yang mendidih selama 10 saat, kemudianya masukkan kedalam ice bath. Buang kulit dan buang bijinya, kemudian potong diced.




#02 - Classic Carbonara Sauce

pasta sedap


Classic Carbonara Sauce, sos ni pula adalah sos yang wajib ada di semua italian restaurant, ni pun antara sos kegemaran saya. Antara sos yang sangat classic. Jom kita cuba resepinya:

BAHAN-BAHAN:

  • 3 Biji Telur Kuning*
  • 50gm parmesan cheese*
  • 60ml cooking cream*
  • 3 helai fresh basil
  • 80gm button mushroom (Sliced)
  • 3 keping beef strips (Diced)
  • 30gm diced onion
  • 10gm chopped garlic
  • 50ml cooking cream
  • 30gm butter

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter dan beef strips, masak sehingga beef strip tu agak crystallized.
  2. Kemudianya masukkan pula diced onion, chopped garlic dan sliced button mushroom.
  3. Masukkan pula fresh basil dan cooking cream.
  4. Campurkan semua bahan yang bertanda * kedalam satu mangkuk.
  5. Toastkan pasta, perasakan.
  6. Tutup api dan akhir sekali masukkan bahan yang dicampurkan kedalam mangkuk tadi, kacau sebati, make sure api dah dipadamkan sebelum masukkan bahan yang akhir, jika tak pasta kalian akan berketul.
  7. Sedia untuk dihidangkan.



#03 - Spicy Arrabbiata Sauce

pasta sedap


Spicy Arrabbiata Sauce, Sos yang sangat sesuai untuk penggemar penggemar masakkan yang pedas, sedap di gaubungkan dengan penne pasta. Jom kita cuba resepi kat bawah ni:

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tomato coulis
  • 100gm diced onion
  • 40gm chopped garlic
  • 1 packed fresh basil
  • 3 Nos capsicum
  • 4 Nos red chilli
  • 50gm black olive
  • 10gm chilli flake
  • 10gm chopped fresh parsley
  • Salt
  • Pepper

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan onion, dan garlic sehingga naik harum.
  2. Masukkan tomato coulis dan sliced fresh basil, masak selama 30 minit.
  3. Kemudianya tambahkan capsicum, red chilli, black olive, chilli flake.
  4. Perasakan secukupnya dan bolehlah masukkan pasta toastkan sempurna dan akhir skali masukkan chopped parsley.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

P/s: Jika susah nak cari tomato coulis bole lah gunakan sos pasta prego yang flavour basil & garlic yer.


#04 - Creamy garlic butter sauce

pasta sedap


Creamy garlic butter sauce, diantara creamy sos yang saya suka. Agak tricky jugak cara membuat nya kerna menggunakan garlic confit. Garlic confit ni Sebenarnya dimasak dalam minyak sama ada minyak olive oil atau pun corn oil. Di masak dengan suhu yang perlahan. Cara buatnya masukkan minyak kedalam pot masukkan garlic, fresh herb, kat sini saya gunakan fresh thyme. Biarkan diatas api yang perlahan selama 30 ke 40 min atau sehingga texture garlic sudah lembut. Setelah tu masukkan kedalam blender dan blend fine. Ready tuk digunakan. Jom kita cuba resepi kat bawah ni:

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm Garlic confit (puree)
  • 200ml cooking cream
  • 20gm garlic powder
  • 80gm butter
  • 50gm diced onion
  • 10 gm chopped parsley
  • 30gm chopped garlic
  • 3nos egg yolk
  • 40gm parmesan cheese
  • Salt
  • Pepper

CARA MEMASAK:

  1. Dalam kuali panaskan minyaak dan tumiskan onion dan garlic sampai harum dan golden brown.
  2. Masukkan cooking cream, garlic confit, garlic powder, larutkan bersama sehingga sebati dan refucekan sedikit sampai nampak texture nya agak pekat.
  3. Seterusnya masukkan garlic powder, dan perasakan secukupnya.
  4. Biarkan mendidih buat seketika dan padamkan api.
  5. Kemudianya, toastkan pasta dan masukkan bersama.
  6. Akhir sekali masukkan butter, egg yolk, parmesan cheese. Kacau sebati sehingga sos serasi dengan pasta, check rasa lagi sekali dan sedia untuk dihidangkan.

#05 - Marinara sauce

pasta sedap


Marinara sauce, Sos seafood kegemaran saya. Menggunakan seafood yang fresh adalah kunci kejayaan yang sangat besar tuk sos ni. Boleh saja gunakan apa jua fresh seafood, tapi say syorkan harus ada clam, dan scallop. Jika x der pun still ok jugak, sebab apa saya syorkan gunakan clam dan scallop? Sebab kedua bahan ni adalah seafood yang bercengkerang dan punyai rasa yang sangat sedap dan sangat rich, digabungkan pula dengan fresh tomato dan fresh basil. Memang sangat sedap. Jom kita cuba resepi yang saya sediakan kat bawah ni :

BAHAN - BAHAN:

  • 300 gm tomato coulis
  • 40gm diced onion
  • 3gm sliced garlic
  • 30gm sliced fresh basil
  • 30gm chopped parsley
  • Fresh seafood
  • Salt
  • Pepper

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pot, tumiskan diced onion, sliced garlic.
  2. Masukkan tomato coulis dan sliced fresh basil.
  3. Didihkan sos selama 30 minit, lalu masukkan fresh seafood.
  4. Toastkan pasta, perasakan dan masukkan chopped parsley.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Tips Mendapatkan sos pasta yang sedap.

Ok kesemua sos pasta yang saya senaraikan dan berikan resepi diatas sebenarnya adalah sos kegemaran say yang saya selalu masak dirumah dan juga dihotel. jadi jangan lupa untuk mencuba resepi yang saya sediakan diatas yer. Lagi satu saya nak sharekan tips untuk mendapatkan sos pasta yang sedap diantaranya ialah:

  • Sentisa menggunakan bahan-bahan yang fresh
  • Jika kalian x jumpa tomato coulis, kalian juga boleh gunakan tomato sos ready made dari jenama yang saya mentionkan diatas yer, paling saya recommendkan adalah sos tomato basil & garlic.
  • Jika nak gunakan fresh tomato saya paling recommendkan "Roma Tomato", dalam banyak banyak tomato yang sangat saya suka ialah roma tomato ni, kerana roma tomato punyai tahap keseimbangan yang tinggi dari segi acidity dan juga kemanisan dalam tomato, ia tidak masam macam tomato local.
  • Selain itu juga kalian haruslah menggunakan fresh basil, dan garlic jika nak masak tomato sauce. ketiga-tiga bahan ni adalah wajib digabungkan sekali.

Catat Ulasan

0 Ulasan