Cara Buat Omelette Gebu & Cantik | Omelette memang sangat sinonim bila kita pergi ke hotel hotel, restaurant diwaktu pagi tuk bersarapan. Tapi tau tak harini CW nak ajar kalian cara nak buat omelette yang gebu & cantik setanding omelette yang dibuat oleh chef chef professional dihotel. Sebenarnya omelette ni banyak jenis dan pelbagai bentuk, cara yang CW nak highlight kan pada kali ni adalah daripada style japanese omelette, ia menggunakan teknik folded.
Tips dapatkan Omelette Gebu & Cantik
Seperti yang kita tahu, terdapat bnyak faktor yang perlu diambil kira untuk mendapatkan Omelette gebu & cantik diantaranya ialah :
#01 - Gunakan Non Stick Pan
- Make sure kalian menggunakan non stick pan yang masih elok dan pastikan ianya tidak melekat. Tips untuk menyimpan non stick pan juga haruslah dititik beratkan. jangan sesekali stack non stick pan jika hendak stack haruslah dilapiskan dangan tissu bagi menjaga permukaanya supaya tidak tercalar.
#02 - Pastikan Telur Segar
- Bahan yang paling peting adalah telur, make sure sentiasa gunakan telur yang segar, pastikan kalian pecahkan, pukul dan tapis terlebih dahulu sebelum menggunakan.
#03 - Gunakan Spatula yang Elastic
- Selain dari bahan mentah spatula juga sangat penting, make sure kalian pilih dan gunakan Spatula yang sesuai, cari yang mudah lentur yang Elastic, tak lembut sgt dan tak keras sangat.
#04 - Gunakan api yang sesuai
- Api jugak sangat memainkan peranan. Sentiasa gunakan api medium heat, jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat, nanti omelette kalian tak masak di bahagian tengah tapi dah rentung dibahagian luar.
Video tutorial Omelette Awesome
So dengan tips yang saya sediakan diatas in syaa allah, dengan mudah anda akan dpt cuba menghasilkan omelette gebu & cantik yang anda hajati, kat sini CW ada sediakan video totorial tentang teknik yg CW gunakan. Jadi bolehlah kalian cuba perhatikan bagaimana CW buat yer. Kalau bermanafaat jgn la lupa tuk SUBSCRIBE youtube channel CW tu yer tuk bnyak lagi teknik dan tips yang akan CW smpaikan dan sediakan khusus kepada fans CW.
0 Ulasan