Jenis Meringue & Kegunaanya yg betul | Bercakap tentang meringue, tahu tak korang yang meringue ni terbahagi kepada tiga jenis sebenarnya. Haa.... jom kita kenali dengan lebih mendalam lagi tentang Jenis Meringue & Kegunaanya dengan lebih mendalam.
Pernah tak kita baked kek atau pun adunan yang mempunyai komponen meringue, selepas kita baked adunan tiba-tiba hasil yang kita dapati sangat lah mengecewakan. Hal yang sedemikian berlaku adalah kerna, kita belum mengenali meringue dengan lebih mendalam dan tersalah pilih jenis yang sesuai digunakan dalam adunan yang betul.
"Sebenarnya meringue terbahagi kepada 3 jenis, ITALIAN MERINGUE, SWISS MERINGUE & FRENCH MERINGUE."
French Meringue
- French meringue adalah asas kepada keseluruhan meringue yang kita gunakan didapur, ada yang menamakanya "basic meringue".
- Meringue jenis ini adalah meringue yang sangat tak stabil sehinggalah ia di masak atau di bakar di dalam mixture.
- Ianya dihasilkan dengan memukul putih telur sehingga kembang dan kemudianya di masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggalah mixture telur itu menjadi stiff, tapi harus berhati hati, jika terlebih pukul makanya mixture meringue kita akan mula jatuh dan tak menjadi.
- Sesetengah chef meletakkan sedikit cream of tartar atau pun sedikit lemon juice/cuka.
- Kegunaan French meringue: Pada kebiasaanya digunakan didalam adunan kek seperti souffles, mousse, sponge kek, dan sebagainya.
Italian Meringue
- Adalah meringue yang paling stabil diantara ketiga tiga jenis meringue, ini adalah kerana bagi menghasilkan meringue jenis ini, ia memerlukan gula sirap panas sekitar 120 darjah selsius, yang akan di tuangkan kedalam putih telur yang sedang di pukul. Kemudianya diteruskan pukul sehingga mendapat texture yang sangan halus.
- Kegunaan Italian Meringue: Pada kebiasaanya digunakan dlam penghasilan macaroon, dijadikan bahan asas untuk frosting buttercream, topping untuk pai, meringankan mixture ice cream, mousse dan sebagainya.
Swiss Meringue
- Dihasilkan dengan menggabungkan putih telur dan gula dan kemudianya di pukulkan di atas "water bath" yang mempunyai suhu kira kira 60 darjah selsius.
- Adalah gabungan antara french & italian meringue, mempunyai texture seakan akan french & italian meringue, tetapi kurang stabil jika nak dibandingkan dengan italian meringue.
- Kegunaan Swiss Meringue: dijadikan crispy meringue, topping tart & pie, sebagai bahan asas untuk butter cream
Secara kesimpulanya disini, setelah kita kenali dan mendalamai Jenis Meringue & Kegunaanya serta sifat bagi setiap meringue baru lah kita akan lebih fahami setiap fungsi meringe tersebut.
Setiap meringue mempunyai kelebihan serta kekurangan masing masing, jadi apabila kita faham sifat nya maka boleh lah kita buat keputusan untuk menggunakanya secara lebih efektif.
Ada yang sangat sangat stabil, ada yang sangat kurang stabil tapi sangat gebu, ada yang sangat stabil dan kurang gebu, ada yang senang sangat untuk dibuat dan ada yang sangat mengunakan skill untuk menghasilkanya. Jadi selapas ini dah tahu senang lah untuk baking yer. Diharapkan perkongsian yang saya coretkan kali ni dapat memberikan sedikit manafaat kepada anda semua. Jangan lupa untuk share yer.. Sehingga bertemu lagi nanti ...
0 Ulasan