Koleksi Resepi Perapan untuk BBQ | Pasti korang tercari cari kan resepi marination tuk BBQ yang sedap dan senang nak buat kan?, Sebenarnya terdapat pelbagai jenis marination yang boleh digunakan tuk BBQ, So harini saya nak buat sikit lah content tentang koleksi marination bbq yang sedap dan senang nak buat, tak kira lah dia pro atau baru nak berjinak jinak nak memasak.
Marination ni sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis elementnya, dia antaranya acidity, spices, dan sebagainya. tuk menghasilkan marination yang sedap dan sesuai, perlulah dilihat dari segi jenis daging sama ada dari jenis white meat, red meat, fish atau seafood, sebab tak semua jenis daging punyai perapan yang sama.
Sebagai contoh marination untuk seafood tak sesuai diguna pakai tuk white meat mahupun red meat, tetapi boleh diguna pakai untuk fish. Sebab untuk fish dan seafood memerlukan marination yang punyai acidity dan fragrant yang agak kuat untuk menghilagkan bau hanyir.
BBQ HONEY CAJUN
Sesuai utk : Ayam, Kambing & Daging
- 100 gm Cajun Spices
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 3 sudu makan kicap manis
- 5 sudu makan lada hitam
- 3 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan madu
- 3 sudu makan lemon juice
- 5 sudu makan olive oil
Nota: Campurkan semua bahan bahan sekali, bersama dengan daging, kemudian perapkan selama seharian jika perlu, masukkan kedalam peti sejuk.
Sesuai utk : Ayam, Kambing & Daging
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 5 sudu makan lada hitam
- 5 sudu makan olive oil
- 3 sudu makan madu
- 5 sudu knorr Hickory bbq paste
- 100 gm Cajun Spices
- 2 sudu serbuk jintan manis
- 2 sudu serbuk jintan putih
- garam secukup rasa
- olive oil
Nota: Campurkan semua bahan bahan sekali, bersama dengan daging, kemudian perapkan selama seharian jika perlu, masukkan kedalam peti sejuk.
ORIENTAL BBQ MARINATION
Sesuai utk : Kambing
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- 5 sudu makan Lee Kum Kee BBQ
- 4 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan madu
- 3 sudu makan lada hitam
- 2 sudu serbuk jintan manis
- 2 sudu serbuk jintan putih
- garam secukup rasa
- olive oil
- lemon juice
Nota: Campurkan semua bahan bahan sekali, bersama dengan daging, kemudian perapkan selama seharian jika perlu, masukkan kedalam peti sejuk.
SATAY STYLE BBQ MARINATION
Sesuai utk : Kambing, ayam & daging
- 2 biji bawang besar | blend halus
- 2 labu bawang putih | blend halus
- 2 sudu serbuk ketumbar
- 1 sudu serbuk jintan putih
- 1 sudu serbuk jintan manis
- 2 inchi halia | blend halus
- 2 inchi kunyit hidup | blend halus
- 2 inchi lengkuas | blend halus
- 11 batang serai | blend halus
- 3 biji buah keras | blend halus
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
Nota: Campurkan semua bahan bahan sekali, bersama dengan daging, kemudian perapkan selama seharian jika perlu, masukkan kedalam peti sejuk.
PERCIK STYLE BBQ MARINATION
Sesuai utk : Ayam
- 6 ulas bawang putih | blend halus
- 1 batang serai | blend halus
- 2 cm halia | blend halus
- 5 tangkai cili kering | blend halus
- 10 ulas bawang merah | blend halus
- 3 cawan santan pekat
- 1 kepng asam keping
- olive oil
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
Nota: Campurkan semua bahan bahan sekali, bersama dengan daging, kemudian perapkan selama seharian jika perlu, masukkan kedalam peti sejuk.
Resepi Nasi Minyak Sunquick
Antara 5 jenis koleksi resepi perapan untuk BBQ yang korang harus cuba, dah buat BBQ mesti nak ada juga juadah lain seperti nasi ye tak? ok kat bawah ni saya sediakan Video resepi yang nasi yang agak sesuai di sajikan bersama dengan juadah BBQ korang.
Resepi ni agak berbeza dengan nasi minyak yang biasa, nasi ni paling paling sesuai disajikan dengan juadah berasaskan daging dan juga kambing. Pada kebisaaanya kami sajikan nasi ni kepada vvip di hotel, tapi kalini saya rasa nak share resepi dan cara masak nasi ni kepada korang.
Diharapkan korang sudilah yer tuk mencuba resepi nasi minyak sunquick ni, kalau sedap boleh lah nanti comment kat bawah ni , korang juga bole jer comment tentang resepi atau kemushkilan yang korang nak tau in syaa allah saya cuba untuk menjawabnya. Jangan lupa tuk subscribe channel kami yer tuk content yang akan menyusul nanti. Selamat mencuba.
0 Ulasan