Tips Lembutkan & sedapkan Daging Murah

 

Lembutkan & sedapkan Daging

Tips Lembutkan & sedapkan Daging Murah | Sebenarnya ada cara dan tips sedapkan daging murah, antara salah satu cara untuk sedapkan daging jenis ini adalah degan cara mengubah teknik memasak. Kita ubah kan sikit teknik memasak yang lazimnya digunakan dirumah dengan sedikit teknik yang diguna pakai di hotel hotel dan restaurant mewah bertaraf lima bintang, tetapi masih menggunakan kelengkapan yang ada didapur kita.

Rupanya, walaupun hanya gunakan potongan daging yang murah pun mak-mak kat rumah tu boleh jer hasilkan rasa steak yang mahal, dengan hanya menukarkan cara masak ala “sous-vide”.

Kaedah ni selamat jika nak diguna pakai dirumah kerana ianya menggunakan suhu yang rendah sekitar 60°C, ia nya nampak sama sekali macam teknik merebus tetapi daging diperasakan terlebih dahulu, dimasukkan kedalam pastik zip-lock dan di buangkan angin dimampatkan seperti vacuum seal.

Apa tu teknik “Sous-Vide”?

Sous-Vide sebenarnya diguna pakai di hotel-hotel dan restoran lima bintang, teknik ni mengguna pakai suhu yang sangat rendah bagi memastikan daging yang dimasak akan lembut dan sangat berperisa. “Sous-Vide” bererti “under-vacuum”, ia merujuk kepada proses vacuum makanan didalam bag plastic dan menggunakan suhu yang rendah dengan masa masak yang tertentu, menggunakan “water-bath”. Teknik ini menghasilkan hasil yang sangat mustahil untuk dicapai menggunakan teknik memasak yang lain.

Sebenarnya didalam daging terdapat tiga bahagian yang penting, Collagen, Lemak & connective tissue. Daging menjadi keras apabila dimasak dengan suhu yang tinggi, kerana suhu yang tinggi akan merencatkan pergerakkan collagen ketika memasak. Sebab tu teknik ni sangat berkesan untuk memasak daging yang murah tapi mendapat result seperti gunakan daging yang mahal.

Kenapa gunakan suhu 60°C ?

Sebenarnya menggunakan suhu 60°C adalah kerana protein di dalam daging mula berinteraksi atau pun mula masak pada suhu 60°C. Pada suhu ni lah collagen mula bergerak dan bertibdakbalas dengan suhu, jika menggunakan suhu yang tinggi makanya collagen akan mula bersimpul dan akan mengakibatkan daging menjadi keras.

Tips Lembutkan & sedapkan Daging Murah


Boleh ker nak gunakan teknik “Sous-Vide” kat rumah ?

oleh, tapi memerlukan ilmu. Jangan risau saya akan cuba bantu anda semua. Kita akan gunakan segala kelengkapan yang ada dirumah untuk teknik ini . Untuk teknik ni, benda yang paling penting adalah plastic, kuali dan induction cooker, tapi kalau x der induction kita bile gunakan slowcooker ataupun dapur biasa. tapi haruslah mempunyai thermometer, untuk sukat suhu air. Tips sedapkan Daging Murah.

Tips Lembutkan & sedapkan Daging Murah
Zip-lock plastic

Plastic kat sini kita gunakan plastic jenis jenis “zip-lock”, plastic ni saya beli kat kedai pastry “RAKAN” kat sana banyak jenis size yang bolah anda dapat, lebih mudah kalau nak beli online bole jer cari kat shopee. Tau tak apa tu “Zip-lock” plastic? ha jap yer saya lampirkan kat atas ni jenis nya.

Sous Vide Technique


Kita hanya pastikan daging kekal tenggelam didalam air tampa menyentuh dasar kuali. Kena check dahulu sebelum tinggal, kat sini saya sepitkan kan plastik kat tudung periuk. Saya gunakan suhu 60°C selama 2 jam.

Tips Lembutkan & sedapkan Daging Murah
Pan seared Beef

Untuk menaikkan lagi rasa boleh lah “Pan seared” kan daging sebentar sebelum dihidangkan, tujuanya ialah untuk menaikkan lagi rasa daging tersebut. Ini adalah kerana proses ini dinamakan dengan “maillard reaction” ianya adalah proses caramelizedkan natural sugar yang terdapat didalam daging berkenaan. Secara tak langsung ia meghasilkan satu fragrant dan flavor yang sangat sedap bagi steak anda.

Sedikit Perbezaan masak steak cara Sous-Vide & cara biasa.

Perbezaan antara daging yang dimasak mengunakan teknik sous-vide dan dengan teknik biasa kita gunakan. Jika kita lihat dalam gambar dibawah ternyata mengunakan teknik sous-vide menghasilkan daging yang dimasak sangat sempurna dan mempunyai kelembapan daging yang sekata.

Tips Lembutkan & sedapkan Daging Murah

Ini pulak apabila kita memasak daging mengunakan teknik biasa kita gunakan sama da panggang, grilled atau sebagainya. Kita boleh lihat dalam gambar dibawah, daging yang dimasak tidak sekata, kehilangan bnyak lembapan dan agak keras. Ini adalah kerana kita menggunakan tekanan haba yang agak tinggi dalam satu satu masa dan masak terlalu lama.




Tips Lembutkan & sedapkan Daging Murah

Info EXTRA:Saya selalunya makan daging ni dengan sauce black pepper atau pun home made barbecue sauce.

  • Saya marinate beef dengan freshly crush black pepper corn, fresh thyme, olive oil dan crush fresh garlic.
  • Masukkan ziplock kedalam air, ia membantu untuk menolak gelembung udara keluar dari bag sebelum seal kan zipper, ia akan menjadi seperti vacuum effect.
  • Selamat untuk gunakan zip-lock bag, sebab kita gunakan suhu rendah sekitar 40-60°C, plastic ini mampu bertahan sehingga suhu 80-90°C.
  • Saya gunakan dapur elektronik yang dah punyai tetapan suhu yang consistent, jika x ada dapur elektronik cuba ubtuk gunakan slowcooker atau pun jika nak gunakan dapur gas haruslah letak tungku tambahan bagi mengelakkan sentuhan direct api ke bontot kuali, dah harus punyai thermometer, untuk periksa suhu air. renyah sikit lah kalau gunakan dapur gas.

p/s: Untuk mak-mak yang teringin nak buat steak ala mewah yang disajikan di restoran mewah bolehlah cuba memasak steak mengunakan teknik “sous-vide” ni yer, semoga perkongsian saya kalini membawa manafaat kepada semua.







Catat Ulasan

0 Ulasan