Tips Telur Separa Masak Sempurna |Salam kenal kepada semua, harini 1st posting tuk blog baru ni. Rasa eksited pun ada hahahah.. So macam biasa seperti mana hari hari biasa start kerja diawal pagi seawal jam 5pagi. Sesetengah org masih lagi diulit mimpi lagi kan. Tuk 1st article ni saya nak sharekan tips telur separa masak sempurna kepada kalian semua.
So, kerja sebagai seorang chef ni mcm ni lah, kerja x menentu waktu, kekadang org cuti kami bekerja, org bekerja kami cuti. Tapi x jd halpun dah tu mmg minat kami dengan bidang masak memasak ni kan.
Ok dah dah... So sekarang ke topik utama saya nak ajar korang tip telur separa masak sempurna. Cara nak dapatkan telur separa masa yang sempurna ala 5 star hotel punya, tapi masih boleh dibuat dirumah.

Mesin apa pulak ni?
Di sesetengah hotel, kami menggunakan teknik memasak yang agak advance dan terkini. Seperti gambar diatas ni, kami gunakan teknik "Sous Vide" yang sangat porpular di kalangan chef dan restoran yang terkenal di Europe. Antara sebab utama kami menggunakan teknik ini adalah kerana ia boleh memgekalkan tekstur separa masak dalam masa yang sangat lama sehingga kan selama 1 setengah jam tampa menjadikan telur tersebut keras.Ini adalah kerana ia dimasak dengan memggunakan suhu yang sangat rendah iaitu 60°c selama 45 minit. Dan bole mengekalkan tekstur separa masaknya sehinggakan selama 1 setengah jam. Tapi jika tak ada ada n ini kat rumah x jd masalah, kalian boleh gunakan induction cooker atau pun slow cooker, setkan tahap kepanasan.
Kemudianya, periksa suhu air gunakan thermometer make sure air berada dlm suhu 60°c baru lah di masukkan telur dan biarkan selama 45min.
Kenapa suhu 60°c?
Ini adalah kerana protein akan mula masak dan mengeras pada suhu yang melebihi 70°c, jadi suhu yang rendah akan melembutkan terstur sesuatu makanan. kerna ia dimasak dengan suhu yang rendah dan tidak di masak secara mengejut dengan suhu yang sangat tinggi.
Perasan x kalian, cuba kalian masak daging ataupun telur goreng dengan suhu yang tinggi. Pasti ianya akan keras dan liat kan. Ini adalah kerana kita letakkan suhu yang terlalu tinggi, bila suhu terlalu tinggi ia akan mula merencatkan collagen dalam protein dan akan menyebabkan sesuatu makanan yang punyai Protien menjadi keras dan liat.
Jangan lupa untuk share yer kalau article ni bermanafaat kepada anda dan comments kat bawah, cuba senaraikan apa yang kalian mushkil dalam penyediaan makanan, in syaa allah saya akan cuba bagi tips dan cuba selesaikan masalah anda didapur. Sehingga berjumpa lagi yer...
Babai....
4 Ulasan
ooo mesin mcm ni guna kat hotel ek.. lain macam
BalasPadamaha ni nama dia "sous vide" machine, erga dia bole tahan yahudi jugak hahahahahha
PadamSalam, blogwalking here. nak follow blog ini tapi tak jumpa button follow. huhu. Oh, info sebegini mmg bagus utk kita semua terutamanya jika ada yg berminat dalam bidang kulinari. terbaik chef .:)
BalasPadamwah jam 5 pagi , memang awal sungguh tu ^^"
BalasPadamtak tahula pula method nak masak telur pun berbeza sebab nak kekalkan qualiti..