Jom Buat Fresh Pasta dirumah - Sangat mudah

resepi pasta mudah & sedap

Jom Buat Fresh Pasta dirumah - Sangat mudah |  Harini penat jugak melayan kerenah guest yang datang bertandang, harini CW ditugaskan tuk menjaga pasta section, huh macam biasa la kalau pasta section ni mmg antara section yang menjadi kegilaan ramai lah, siapa yang x suka kan makan pasta, tambah-tambah lagi pulak pasta yang dihasilkan tu fresh, perghh mmg favorite lah. 

CW memang paling suka fresh pasta dan paling suka skali sauce yang berasas kan fresh tomato. Pernah tak kalian makan pasta? Tahu tak macam mana pasta dihasilkan, untuk posting kalini CW nak share dengan kalian semua cara membuat pasta homemade. Haa… pasni kalian dah boleh dah makan pasta fresh homemade, tak payah dah nak pergi beli kat pasaraya dah. Sebenarnya ada beza nya mkan pasta fresh homemade dan pasta yang ready made macam kalian beli kat pasaraya tu.

Sebenarnya untuk nak buat fresh pasta ni sangat sangat mudah hanya meggunaka bahan bahan yang ada di dalam dapur kita jer sebenarnya, langkah pertama kita perlulah menghasilkan doh nya terlebih dahulu, dan kemudian bila dah ada doh bolehlah kita hasilkan pelbagai jenis fresh pasta.
Disamping menjimatkan kos, fresh pasta ni juga jauh lebih sedap dari dry pasta yang terdapat di pasaraya, dari segi texture, kekenyalan juga jauh lebih berbeza dengan dry pasta.

Nak tau tak jenis-jenis fresh pasta?


Ok, jom kita kenali serba sikit tentang jenis jenis fresh pasta yang terdapat didalam dunia masakkan, sebenarnya terdapat banyak jenis fresh pasta, tapi kalini CW nak focuskan dengan 5 jenis jer dulu yer, ok jom kita tgok:

resepi pasta mudah & sedap

#01 – Parppadele

  • Pasta jenis ini mempunyai bentuk fizikal yang agak lebar dan rata, ia sangat lah cenderung untuk melekatkan sos yang enak seperti bolognese, carbonara mahupun “classic ragout” bersama samanya. Daripada bentuk fizikalnya yang agak lebar dan rata, pasta jenis ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.


resepi pasta mudah & sedap

#02 – Farfalle

  • Pasta jenis ini pada sangat mirip sekali dengan betuk “bow tie”, tak hairanlah ada sesetengah orang memaggilnya “pasta bow tie”. Pasta ini sangat sesuai sekali digunakan untuk salad dan pasta yang dimasak dengan potongan sayuran yang sederhana tebal, ini adalah kerana pasta jenis ini sangatlah seimbang jika di gandingkan dengan sayuran yang di potong dengan sederhana tebal.


resepi pasta mudah & sedap

#03 – Oreccihette

  • Fresh pasta yang bernama oreccihette ni berbentuk dome atau berkubah, pasta ni sangat famous di kawasan barat Italy. Pasta ni jugak adalah pasta jenis classic, ia sngat sesuai di gabungkan dengan seafood base sauce. Cara membuatnya adalah dengan menggulungkan doh memanjang dan kemudianya dipotong halus2, dicanai seteusnya ditekan dengan ibu jari.




resepi pasta mudah & sedap

#04 – Bucatini

  • Dikenali juga dengan nama “Perciatelli”, pasta ini menyerupai spaghetti tetapi ianya tebal dan mempunyai lubang mengalir di tengah-tengahnya. Sebenarnya nama nya berasal daripada perkataan itali “Buco” yang membawa maksud lubang. Pasta ini sangat terkenal di ROM, ianya sangat sesuai disajikan dengan sos berasaskan mentega, sayuran, keju, telur ikan bilis dan sardin.


resepi pasta mudah & sedap

#05 –  Ravioli

  • Pasta ravioli ni pulak adalah pasta yang jenis berbungkus, pasta yang mempunyai filling yang dibungkuskan dengan doh fresh pasta.Diantara pasta yang sangat porpular disegenap pelosok dunia. Filling yang terdiri darpada pelbagai jenis diantaranya yang paling porpular ialah daging, ayam, cheese dan pelbagai lagi.





resepi pasta mudah & sedap

Resepi & Cara membuat fresh pasta dirumah.


Jom CW nak Bagi resepi dan nak ajar kalian untuk buat fresh pasta kat rumah. Resepi yang saya akan sharekan ni sememangnya menggunakan bahan bahan yang terdapat di dapur kalian jer Sebenarnya, tak perlu menggunakan bahan bahan yang fancy. Ape lagi jom lah kita cuba buat sendiri kat rumah.

Pasta Dough (Ravioli Dough)

  • 550gm Tepung gandum
  • 400gm Kuning telur
  • 1 tbsp minyak zaitun
  • garam

Cara Membuat:

  1. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk pengadun.
  2. Seterusnya masukkan kuning telur, minyak zaitun dan garam.
  3. Akhir sekali adunkan sehingga adunan sebati.
  4. Restkan selama satu jam sebelum menggunakan adunan

Pasta Dough (Basic pasta dough)

  • 100gm Tepung Gandum
  • 1Nos Telur
  • 1Tbsp Minyak Zaitun
  • Garam

Cara Membuat:

  1. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk pengadun.
  2. Seterusnya masukkan telur, minyak zaitun dan garam.
  3. Akhir sekali adunkan sehingga adunan sebati.
  4. Restkan selama satu jam sebelum menggunakan adunan

Video Membuat Fresh Pasta dough


Credit to: Tasty

Ok macam mana dengan article Cara Buat Fresh Pasta dirumah, yang sya sharekan. kalau tak pasti dan punyai kemushkilan boleh lah comment kat bawah yer, saya akan cuba membantu kalian sedaya upaya yer, jangan lupa sharekan kepada rakan rakan anda yang sangat sukakan pasta mana tahu ia akan mendapat kedaikan dari article ini. ok sampai bertemu lagi yer. bye….

BACA JUGA: 5 Jenis Sos Pasta yang Wajib Anda Cuba

Catat Ulasan

0 Ulasan