Rahsia Sambal Nasi Lemak Sedap

 

Sambal Nasi Lemak Sedap

Rahsia Sambal Nasi Lemak Sedap | Tak lengkaplah nasi lemak tampa sambal. Dalam posting kalini saya nak share kepada anda Rahsia Sambal Nasi Lemak Sedap. Sambal adalah senjata yang paling kuat dalam penyediaan nasi lemak, sesedap mana pun nasi lemak yang anda buat kalau sambalnya tidak menyengat maka sia-sia lah nasi lemak tu, betul tak?

Nasi lemak adalah satu juadah signature di malaysia, tau tak nasi lemak adalah salah satu signature dish bagi negara kita yang di ketengahkan kepada mata dunia dalam ketegori masakkan, setiap chef yang membawa nama malaysia ke luar negara bagi tujuan mempromosikan juadah masakkan malaysia harus membawa nasi lemak di dalam menu mereka.

jadi tak kisah lah nasi lemak ni ada tak kira waktu pasti ada terjual nasi lemak, tak kiralah pada waktu pgi, tengahari mahupum lewat malam. Perasan tak anda, tak semua orang pandai masak sambal yang betul betul sedap, haa.... kali ni saya nak sharekan resepi Sambal nasi lemak SEDAP, in syaa alllah pasti sedap, serta saya nak share bahan rahsia yang bakal membuatkan sambal nasi lemak anda pastinya menyengat.

Ok, saya nak sharekan rahsia antara bahan yang saya sentiasa gunakan tuk menjadikan sambal nasi lemak sentisa sedap ilah segengam ikan bilis yang di masukkan sekali ke dalam bahan-bahan yang hendak di kisar, tapi harus ingat jangan dikisarkan ikan bilis terlalu hancur dan jangan terlalu kasar, in between jer.

Rahsia Sambal Nasi Lemak Sedap

Bahan-bahan:

Cara Memasak:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, dan segengam ikan bilis blend kasar-kasar, kemudian tumiskan.
  2. Bila dah nampak betul-betul garing, baru masukkan cili kisar 15 tangkai, dan kemudianyer hanya kacau sekali sekala jer.
  3. Masukkan gula melaka, gula putih, asam gelugor.
  4. dah nak dekat kering kuahnya barulah masukkan ikan bilis, pati ikan bilis, Maggi chef master stock dan secubit garam.
  5. hidangkan.

P/s: TIPS SAMBAL TAK TERPERCIK SATU DAPUR

  • Perlahankan api dan hanya kacau sekali sekala sahaja.
  • Satu lagi bila blend barang kisar pastikan letak ikan bilis segenggam (ini petua sedapkan) tapi make sure jangan blend terlalu hancur, blend kasar-kasar jer,
  • tuk tak nak sambal terpercik merata tempat make sure tumis smpai garing betul-betul baru masukkan bahan lain.

Rahsia Sambal Nasi Lemak Sedap

Macam mana nak cari cili yang x pedas?

Ok, dah dapat dah kan serba sedikit tips, info dan juga resepi yang dapat membantu korang nanti, in syaa allah semoga menjadi yer. Selain dari Resepi, tips dan info, pemilihan cili juga amat-amatlah memain peranan penting. 

Sebenarnya terdapat beberapa jenis cili yang sedap dan disyorkan tuk digunakan tuk buat sambal nasi lemak, kat bawah ni saya ada buat sikit video content tentang beberapa jenis cili dan cara memelih cili yang sesuai digunakan tuk buat sambal nasi lemak, korang boleh lah tgok video ni yer, in sya allah akan membantu korang. 


Hilangkan pijar di tangan akibat cili dlm masa 30 saat.

Dah alang alang kan, pernah tak korang berhadapan dengan pijar tangan lepas pegang cili?, kat sini ade jugak saya buat content tentang menghilagkan pijar dalam masa 30 saat in syaa allah dengan berkat dan keizinaNYA juga, sebab lain orang lain juga kan, kat sini ni saya sertakan video harap bermanafaat lah yer.



Kalau info dan resepi yang saya share ni bermanafaat kpd korang jangan lupa tuk share dan juga subscribe channel kami yer, semoga dengan perkongsian daripada pihak korang akan dapat membantu rakan rakan kita yang lain yer. 

Catat Ulasan

0 Ulasan