Resepi tepung goreng paling rangup

Resepi tepung goreng paling


Resepi tepung goreng paling rangup | Pasti korang tercari cari kan resepi tepung goreng yang paling rangup dan juga boleh tahan kerangupannya kan. 

Sebenarnya banyak juga resepi serta tips yang para chef diluar sana gunakan bagi memastikan kerangupan juadah yang bergoreng tampa mudah lembut. Ada juga yang menggunakan resepi tepung semata mata, dan ada juga yang menggunakan jenis mixture. 

Dalam posting kalini saya nak share kan jenis yang menggunakan mixture, jadi ia sangat sangat sesuai digunakan untuk menggoreng fish & chips atau pun crispy chicken burger, in syaa allah mixture yang akan saya kongsikan ni sangat crunchy serta boleh tahan lama tampa lemau. 

Resepi tepung goreng paling



Apa yang membuatkan mixture rangup? 


Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi sesuatu mixture tu apabila digoreng menjadi rangup atau sebaliknya. 
Antara faktor yang utama adalah pemilihan jenis tepung dan juga liquid yang bakal digunakan. Teknik membancuh juga memainkan peranan sama sekali. 

Dari segi pemilihan tepung, ada chef yang menggunakan tepung gandum, tepung ubi kayu, tepung ubi, tepung jagung serta tepung beras
Untuk mendapatkan mixture yang sangat sempurna perlulah menggunakan sukatan ratio tepung yang saya cakapkan tadi dengan sukatan yang betul agar mixture nanti apabila digoreng tidaklah menjadi liat dan lemau. 


Resepi tepung goreng paling


Selain itu, perlu diingatkan juga, suhu minyak juga memain peranan penting juga tau. Kalau suhu minyak yang digunakan terlalu sejuk dan terlalu panas ia juga akan memudaratkan hasil gorengan kita nanti. 

Kalau minyak terlalu sejuk, ia akan memerangkap banyak minyak didalam gorengan kita dan bila minyak terlalu panas pula hasil gorengan kita nanti menjadi gelap dan akan berasa pahit serta isi gorengan nanti mungkin akan menjadi mentah. 

Mana resepi tepung goreng paling rangup? 


Ok jom saya kongsikan resepi tepung goreng paling rangup dan in syaa allah boleh tahan lemau. Ok make sure take note ok dengan resepi kat bawah ni. 

Bahan bahan:

• 1.1kg Tepung Gandum
• 100gm Tepung jagung
• 100gm Baking powder
• 20gm Minyak Jagung
• 20gm Garam
• 1.8 liter Air sejuk

Cara caranya:

1. Masukkan semua bahan bahan kering kedalam mangkuk adunan. 
2. Adunkan adunan smpai sekata. 
3. Masukkan air perlahan lahan sehingga semua bahan kering sebati dan make sure jangan berketul. 
4. Rehatkan adunan didalam peti sejuk selama sejam sebelum digunakan, bagi adunan gluten yang ada dalam tepung meresap air sepenuhnya. 
5. Boleh lah menggoreng, selamat mencuba. 

Resepi tepung goreng paling



Ok dah dapat dah resepi dan cara cara buatkan, kalau rasa resepi ni anggaranya banyak sangat boleg lah bahagikan adunan kepada 2 atau 3 resepi boleh lah dapat adunan dalam nisbah yang kecil sikit, atau kalau dah buat banyak boleh juga disimpan didalam peti sejuk, kalau nak pakai boleh terus guna jer. Mudah sikit nanti kan. 

Selamat mencuba yer, kepada sesiapa yang dah mencuba minta tinggalkan comment kat bawah ni yer, semoga bermanafaat kepada semua. 
Jangan lupa follow saya yer untuk pelbagai lagi info dan juga resepi resepi yang in syaa allah sedap dan berguna kepada korang semua.. Sampai berjumpa lagi dalam next posting yer. Bye for now. 

Catat Ulasan

0 Ulasan