Teknik buat Green oil paling hijau | Green oil, herb oil, flavoured oil, tu semua adalah antara element yang digunakan dalam sajian di restaurant dan juga di hotel hotel.
Tapi pernah tak korang buat green oil atau herb oil yang hijau kadang kadang tak dapat pun warna hijau yang kita kehendaki, kadang kadang hanya dapat warna hijau yang cair atau pun warna hitam lebam?
Sebenarnya ada teknik yang kita perlu ikuti dalam menghasilkan green oil yang betul betul berkualiti, hijau pekat dan yang paling penting sekali rasa yang kuat. Bukan sekadar hanya cantik dimata tapi tiada rasa.
Ketahui structure yang perlu ada dalam green oil.
Apa jua yang kita nak masak dan nak buat kita seharusnya kenali dahulu structure dan bahan yang bakal kita pakai dan gunakan bagi memastikan hasilnya nanti menjadi dan yang pastinya sedap.
Macam tu juga dengan green oil, its not simply grab apa jua bahan atau daun daun, herb yang ada dalam kitchen then terus masuk dlm minyak lepas tu blender. Kita perlu paham dahulu apa yang kita perlukan.
Untuk menghasilkan green oil yang berkualiti dan hijau pekat, element yang paling penting ialah “chlorophyll”. Yang kedua chlorophyll dari herb mana yang paling bagus dan tahan haba, kerna step yang kedua adalah cara kita abstract chlorophyll tersebut masuk kedalam minyak. Last step barulah kita masukkan flavor yang kita nak. So kat sini ada 3 step yang perlu kita fikirkan.
Seterusnya equipment apa yang perlu kita pakai untuk membantu kita extract kan chlorophyll dari herb kedalam minyak. Terdapat beberapa equipment yang ternyata sangat specific bagi tujuan ini. Antaranya ialah thermomix, tapi kalau tiada blender biasa pun bole juga dipakai. Tapi perlu bijak menggunakan nya.
Bagaimana cara mendapatkan green oil yang pekat warnanya?
Teknik yang saya gunakan untuk mendapatkan green oil yang pekat dan hijau adalah dengan menggunakan english parsley sebagai bahan utama untuk di extract kan chlorophyll.
Langkah pertama: Menggunakan english parsley (bahagian daun sahaja) yang fresh tampa di blunch. Dicampurkan bersama olive oil atau corn oil.
Langkah kedua: Dengan menggunakan thermomix, masukkan parsley dan juga minyak, setkan temperature kepada 65°c dan start. (Kalau tak ada thermomix, bole juga pakai normal blender dan start blend smpai suhu minyak naik ke 65°c).
Parsley perlukan suhu untuk extract kan chlorophyll kedalam minyak. Tak semua chlorophyll yang boleh tahan dengan suhu.
Langkah ketiga: blend sehingga fine dan sejukkan minyak sebelum tambah flavor, contohnya jika nak tambah coriander/thyme/Rosemary etc.
Kemudian blend sehingga fine tapi sekejap sahaja dan kemudian gunakan coffee strainer untuk tapis sediment.
Penutup:
So, tu lah teknik yang saya gunakan selama ni untuk menghasilkan green oil yang pekat, cukup flavor dan yang paling penting hijau yang sangat pekat. Harap korang boleh lah cuba. Kalau dah cuba jgn lupa utk share kan result kirang kat ruangan comment yer.
Sampai berjunpa lagi dalam posting yang akan datang, lastly jangan lupe korang follow la sekali ok, sbb nanti saya nak post kan banyak lagi info dan juga resepi yang in syaa allah menarik dan juga lazat... Bye.
0 Ulasan