Best PASEMBOR di Kuala Lumpur | Sembang tentang pasembor ni memang terbayang lah pasembor padu padang kota kan. Tapi tu lah tak kan kalau terlalu craving nak makan pasembor nak kene g padang kota kat penang kan.
Tak pa, ada satu kedai pasembor yang memang padu, rasa dia memang tak bole lupa punya, bak kata org utaqa. Memang tak ranjau dia punya rasa. Sekali kena pasti mai dua tiga kali punya lah.
Kat mana location nih kalau nak pi?
Location berdekatan dengan downtown permaisuri, nak tau lebih detail ha kat sini fb diaorg, boleh pakat pakat follow diaorg ok, bole dptkan lokasi sedetailnya kat sini:
Facebook page : TAT Hospital Cawangan Kl
Location : TAT Hospital Cawangan Kl's
![]() |

Kalau korang yg ada berdekatan dengan location ni jangan lupa singgah dan try pasembor ni, garenti in syaa allah sedap.
Apa yang bestnya?
Haaa... Ni nak bercerita ni, pasembor kat sini dia punya bestnya tu. Ayam dia goreng panas panas, serius tak ranjau punya. Sebab tu kalau pekena sekali comfirm korang akan repeat punya.
Ayam dia plak bukan biasa biasa punya, marination dia sampai kedalam dia punya flavor. Dengan crispy texture kat luar dan moist kat dalam, memang sangat sedap korang.
Kuah dia memang sedap tak dinafikan memang sedap gila kuah dia. Dengan pekat dan sangat flavourful, tak hairan lah yang buat pun chef jugak, sangat berpengalaman, bertahun tahun kerja di hotel 5 bintang. Kalau korang nak rasa makanan setaraf 5 bintang
Harga plak brapa ni?
Harga memang teramat amat rahmah lah hahaha... Ni ha antara senarai harga yang terdapat kat sini, jom kita tengok.
Nampak tak, Agak agak korang mahal tak harga dia, banyak pilihan kan. Tapi yang paling recommended tu, pasembor ayam tu. Ha korang kalau datang wajib tau pekena pasembor ayam dan cendol.
Ok lah sampai sini dlu lah, nanti kita review lagi tempat makan makan yang best lagi ok... Bye korang, jangan lupa lah follow blog ni ok utk mendapatkan pelbagai info dan juga tempat yang best untuk makan.
Bye korang, smpai junpa lagi nanti yer dalam posting yang akan datang.
0 Ulasan